Search

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 ...

  • Share this:

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓

YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali , Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 bulan Ogos bertempat di Mukim Buloh Kasap.

Antara penerima manfaat atas kurniaan ini:-

1.Seorang pemandu bas yang hilang sumber pendapatan akibat PKP. Mempunyai 3 orang tanggungan, salah seorang anak memerlukan rawatan bulanan kerana penyakit sawan.

2. Seorang pekerja kilang yang hilang pendapatan, dalam tempoh pelaksanaan PKP. Tanggungan 4 orang, berharap pendapatan daripada jualan kuih-muih yang baru dibuat.

3. Seorang warga emas, status ibu tunggal. Tinggal bersama seorang anak, bergantung harap pada pendapatan anak. Menghidap sakit buah pinggang.

4.Seorang warga emas tinggal bersama isteri dan anak. Pergerakan terbatas akibat menghidap strok.

5. Ketua keluarga hilang punca pendapatan akibat tidak dapat bekerja semasa tempoh pelaksanaan PKP. Tanggungan 3 orang, tinggal dirumah yang tidak sempurna.

6. Ketua isi rumah yang mempunyai tanggungan seramai 7 orang. Bekerja sebagai nelayan darat dan tukang rumah.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.


Tags:

About author
not provided